Assalamualaikum
February 14th, 2007
Assalamualaikum
Khas buat teman.
Semalam yang berlalu, sengaja diciptakan Tuhan buat kita, dengan tujuan agar kita kuat dan tabah. Tanpa semalam kita tidak akan berfikir apa yang kita fikirkan sekarang. Tanpa gerak takdir semalam, kita tidak bertindak apa yang telah kita lakukan sekarang.
Semalam yang berlalu itu ialah guru buat kita, untuk kita mengejar hari esok. Walaupun esok tidak menjanjikan kita apa-apa, tetapi kita boleh berlari untuk hari esok dengan pengalaman semalam. Kejarlah hari esok, kerana mungkin esok ialah hari kita.
Tetapi, janganlah kita terlalu yakin dengan hari esok, kerana esok untuk siapa? Yang pastinya esok masih ada. Selamat tinggal semalam. Selamat datang hari esok
Uncategorized |Leave a Reply