Berbanggalah pada diri sendiri…

December 12th, 2007

Aku suka berkawan.,.dan setiap kali aku berjumpa kenalan baru..
banyak ragam yang dapat diperhatikan…
dan kali ini..ingin sekali aku ceritakan perihal merendah diri.

Apa itu merendah diri? Perlukah dan relevankah pada waktu kini ?

Aku tidak suka pada orang yang terlalu merendah diri sendiri.
Untuk apa semua itu? menagih simpati ?
atau ingin menonjolkan sifat kualiti yang tidak sombong atau riak di mata orang lain..tetapi…
jujurkah mereka ketika itu..atau hanya berpura-pura?

Kau sungguh bijak…kau sungguh kacak,lawa,kaya,baik…
dan segala kata-kata pujian yg diberikan terima sahaja dengan terima kasih dan bersyukur kepada Ilahi bukankah itu lebih afdal dan baik membuat kita lebih menghargai  segala pemberianNYA dan membuat kita lebih bersyukur keatasNYA.

Aku tidak kacak..tidak kaya..dan kebanyakkan kau orang yang lain jua,  ada yg tidak cantik, miskin, gemok, hitam dan berbagai-bagai lagi ketidak sempurnaan hidup masing-masing.
Tapi itu semua bukannya alasan untuk merendah hingga sanggup menghina diri sendiri !

Jikalau kamu suka mengatakan diri…
‘aku gemok le..bodoh pulak tu’..’aku nie tak cantik..hidung kembang’…
oh tuhan…bagaimanakah orang lain nak menghargai kita..
kalau kita dah mulakan kutukan pada diri sendiri.

Berbanggalah dan bersyukurlah pada apa yang ada…
setiap pada insan itu..ada kelebihan masing-masing..
yang Allah kurniakan…terpulanglah pada kita untuk mencari nilainya itu.

Contohnya akan diriku ini…

Aku tidak suka merendahkan diri aku pada satu tahap yang hina..
ya!
..aku tidak kacak..tapi aku tidak pernah kata aku ini tidak menarik..
ya!
..aku tidak kaya..tapi aku tidak pernah kata aku tidak mempunyai sebarang harta…
dan

ya!
..aku tidak bijak…tapi aku jua tidak pernah mengatakan aku ini tuli…

Aku merendah diri..
tapi bukan terlalu merendah diri..aku berbangga pada apa yang Allah kurniakan terhadapku.

Aku bersyukur dalam serba kekurangan
..begitu jua kamu semua…
bersyukur dan berbanggalah
pada diri kamu sendiri dahulu..
sebelum memuji pada akan insan yang lain !

i’m not matured enough….????

December 12th, 2007

erm…entahle..

manusia nie memang banyak ragamkan..
selalu suka bercakap dan mengkritik individu…
tanpa memikir kata2 mereka dahulu..

baiklah..dia kata aku x matured..perangai macam budak2..
lelebih2 lagi. Dia tahu ke makne matured tu sebenarnya..
lain orang lain tafsirannya..
dan ini adalah tafsiran peribadi dari aku sendiri..

Bagi aku orang yang selalu menganggap..
bila makin dewasa..makin matured le sesorang itu…
dan ape saje yg bukan DEWASA(perangai bebudak)..
akan di cop tidok matured..

adeh…for me..kematangan itu banyak cabangnya..
matang dari segi pergaulan, pakaian, bicara, pekerjaan, dan sebagainya..

TAPI..bagi aku…tidak suka terikat akan KEMATANGAN itu sendiri..
Aku suka bebas..buat hal sendiri..x kacao orang lain..
n yes..if i wanna gedik or childish like retard..
I chose it ok..my style..really don’t care..
kerana..
Aku TAHU ape yg Aku buat..
Aku tahu ape yg Aku mahu dalam hidop ini..

Life to be enjoy…free up

ur

self n brain..
jgn sibok sangat hal orang lain.. Just CARED of

ur

self 1st..n’ LOVE

ur

self !!!

But it’s doesn’t mean yg AKU nie bodoh sombong..
tidak makan nasihat..
i’m not perfect..u all pun not perfect..
mmg betul kita kene saling menegur..
dan ingat mengingati..antara satu sama lain..

tapi…sebelum menasihati..TANYE soalan tu pade diri sendiri berulang kali..sebelum membuka mulut…

" Adakah aku LAYAK menasihati dia?
adekah aku cukup sempurna memberi teguran dan kritikan..walhal..aku baru saja mengenali beliau? "

Ya, I know i’m not perfect n really wanna become more mature..
coz’ my attitude..are so cliché with my age..
Sometime I can’t make the difference between maturity and seriousness..
but as i said before..

I"M NOT PERFECT..
N I REALIZED it..

wanna commentz and critised me..fine…
but know me BETTER first..

This is my LIFE QUOTE..
understand it…

I’m not matured enough? SO WHAT! So fuckup when people always criticized me. How long did their know me huh? 10 year’s?? 20 year’s? a month?..haha..not even closed..

katahati si adam terhadap si hawa…

December 10th, 2007

katahati si adam terhadap si hawa…

"siang yang seakan menggoda,
sebenarnya tidak pandai bergurau senda,
tatkala malam yang seolah berpoya,
rupanya hiba memendam duka,
bukan tidak mahu bersuka ria,
cuma nista ini yang penuh di dada,
biar hati ini telah menjanda,
walau sirna sudah dara di jiwa,
kukuh merempuh segala melankolia,
gagah meredah segenap sungkawa,
demi makna sebuah derita,
demi maksud sebuah merana,
demi erti sebuah sengsara,
jangan ditanya kenapa kita,
usah disoal kenapa tidak mereka,
dan kenapa harus dia,
kerana ini semua takdir semata,
tidak wujudnya kerana sengaja,
atau daifnya sifat mengada,
tetapi dek hidup yang terus mara,
tidak tertakluk di dalam penjara,
dunia sementara yang penuh dusta,
penuh dengan pancaroba,
kaya yang palsu belaka,
jangan disalah mereka yang alpa,
usah dihukum mereka yang terlupa,
lebih lagi yang beria-ia,
kerana kita sememangnya toya,
tak seperti buaya yang gagah perkasa,
atau beruang yang besar dan sasa,
kita adalah manusia,
yang kaya dengan kata dan rasa,
yang mewah dengan adab dan budaya,
walau hakikatnya mereka dicipta,
walau hakikatnya mereka dibina,
namun kita terus ukuh percaya,
pada daulat dan budaya,
pada kemampuan dan kuasa,
bahawa kau membawa bahagia,
sesungguhnya engkau mendatangkan gembira,
biarpun akhirnya pasti belasungkawa,
namun wujudnya ia pasti selamanya,
wahai teman setia yang kugelar…hawa"

do we need to respect all the lectures??????

December 4th, 2007

please be honest in answering my Question.do we need to respect all the lectures?regardless either they teach u or not.DO WE?ya kalau ikut norma2 idup lagi2 as a muslim the answer is yes.but kalau lecturer tu mcm (i don want to be rude) bukan lecturer di mana xde langsung ciri2 seorang lecturer yg baik, so do we need to respect them?dats y timbul terms ie: "killer lecturer", favret lecturer and so-so nye lecturer.y we need all these terms if THEY are marvellous. kekadang lecturer ni nampak baik "oh ok no hal la antar lambat assignment, xpe2 nex time bleh cuba lagi, no prob la soalan final senang je, so tuk final please read this and this… and so on" tapi hakikat nya DIORANG nie bermuka2. look nice but reality they not. tapi jgn disebabkan nyamuk seekor 1 kelambu nak bakar plak kan. ade gak yg baik and too nice. and in my view these type of lecturer we need to RESPECT and if the student wat dajal kat such lecturer they are STUPIDOH (so stupid+bodoh)…and if the lecturer dpn pelajar pon nak gaduh, nampak baik tapi talam tak tau berapa muka dah, suka mengumpat lecturer lain dan x menjalankan tanggungjwb as lecturer bising je lebih as TIN KOSONG (bising je lebih tapi ZERO dlm) no need to respect them too much or if too BAD dont respect them langsung.thats me.HOW BOUT YOU??????!!!!!!!!

PENGIKAT PERSAHABATAN

December 3rd, 2007

KITA MUNGKIN KEHILANGAN PELUANG UNTUK BERKATA-KATA, DAN KITA MUNGKIN TERKAPAI-KAPAI UNTUK BERSUARA. TETAPI KENANGAN DAN PENGALAMAN YANG KITA GENGGAM SELAMA INI AKAN MENJADI PENGIKAT PERSAHABATAN YANG BAKAL KITA JALINKAN…
we may have lost the opportunity to utter the words and we may be looking for ways to say the words but the memories and experiences that we hold will hold the friendship together that is going to be built.