Berbanggalah pada diri sendiri…
Aku suka berkawan.,.dan setiap kali aku berjumpa kenalan baru..
banyak ragam yang dapat diperhatikan…
dan kali ini..ingin sekali aku ceritakan perihal merendah diri.
Apa itu merendah diri? Perlukah dan relevankah pada waktu kini ?
Aku tidak suka pada orang yang terlalu merendah diri sendiri.
Untuk apa semua itu? menagih simpati ?
atau ingin menonjolkan sifat kualiti yang tidak sombong atau riak di mata orang lain..tetapi…
jujurkah mereka ketika itu..atau hanya berpura-pura?
Kau sungguh bijak…kau sungguh kacak,lawa,kaya,baik…
dan segala kata-kata pujian yg diberikan terima sahaja dengan terima kasih dan bersyukur kepada Ilahi bukankah itu lebih afdal dan baik membuat kita lebih menghargai segala pemberianNYA dan membuat kita lebih bersyukur keatasNYA.
Aku tidak kacak..tidak kaya..dan kebanyakkan kau orang yang lain jua, ada yg tidak cantik, miskin, gemok, hitam dan berbagai-bagai lagi ketidak sempurnaan hidup masing-masing.
Tapi itu semua bukannya alasan untuk merendah hingga sanggup menghina diri sendiri !
Jikalau kamu suka mengatakan diri…
‘aku gemok le..bodoh pulak tu’..’aku nie tak cantik..hidung kembang’…
oh tuhan…bagaimanakah orang lain nak menghargai kita..
kalau kita dah mulakan kutukan pada diri sendiri.
Berbanggalah dan bersyukurlah pada apa yang ada…
setiap pada insan itu..ada kelebihan masing-masing..
yang Allah kurniakan…terpulanglah pada kita untuk mencari nilainya itu.
Contohnya akan diriku ini…
Aku tidak suka merendahkan diri aku pada satu tahap yang hina..
ya!..aku tidak kacak..tapi aku tidak pernah kata aku ini tidak menarik..
ya!..aku tidak kaya..tapi aku tidak pernah kata aku tidak mempunyai sebarang harta…
dan
ya!..aku tidak bijak…tapi aku jua tidak pernah mengatakan aku ini tuli…
Aku merendah diri..
tapi bukan terlalu merendah diri..aku berbangga pada apa yang Allah kurniakan terhadapku.
Aku bersyukur dalam serba kekurangan..begitu jua kamu semua…
bersyukur dan berbanggalah pada diri kamu sendiri dahulu..
sebelum memuji pada akan insan yang lain !
Uncategorized |
3 Responses to “Berbanggalah pada diri sendiri…”
Leave a Reply
cool r beb…….
u make me terdiam…
n berfikir panjang..
thank u very very much KuChAi!
i feel much sTrOnGeR rite now~
=)
ya sy tidak cantik..
tp sy chomel!!!
ahahahhh!!
c’mon..
who cares bout da outside.
b +ve bout urself..
rite,dude?