katahati si adam terhadap si hawa…
katahati si adam terhadap si hawa…
"siang yang seakan menggoda,
sebenarnya tidak pandai bergurau senda,
tatkala malam yang seolah berpoya,
rupanya hiba memendam duka,
bukan tidak mahu bersuka ria,
cuma nista ini yang penuh di dada,
biar hati ini telah menjanda,
walau sirna sudah dara di jiwa,
kukuh merempuh segala melankolia,
gagah meredah segenap sungkawa,
demi makna sebuah derita,
demi maksud sebuah merana,
demi erti sebuah sengsara,
jangan ditanya kenapa kita,
usah disoal kenapa tidak mereka,
dan kenapa harus dia,
kerana ini semua takdir semata,
tidak wujudnya kerana sengaja,
atau daifnya sifat mengada,
tetapi dek hidup yang terus mara,
tidak tertakluk di dalam penjara,
dunia sementara yang penuh dusta,
penuh dengan pancaroba,
kaya yang palsu belaka,
jangan disalah mereka yang alpa,
usah dihukum mereka yang terlupa,
lebih lagi yang beria-ia,
kerana kita sememangnya toya,
tak seperti buaya yang gagah perkasa,
atau beruang yang besar dan sasa,
kita adalah manusia,
yang kaya dengan kata dan rasa,
yang mewah dengan adab dan budaya,
walau hakikatnya mereka dicipta,
walau hakikatnya mereka dibina,
namun kita terus ukuh percaya,
pada daulat dan budaya,
pada kemampuan dan kuasa,
bahawa kau membawa bahagia,
sesungguhnya engkau mendatangkan gembira,
biarpun akhirnya pasti belasungkawa,
namun wujudnya ia pasti selamanya,
wahai teman setia yang kugelar…hawa"
Leave a Reply