3rd September 2008
pejam celik sekejap je dah pon melangkau ke hari ketiga kita umat islam menyambut lebaran Ramadhan. rasa macam sekejap sgt2. alhamdulillah aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas kurniaan Beliau melanjutkan usia aku untuk menikmati kenikmatan Ramadhan. Aku panjatkan doa agar aku dipanjang kan umur agar aku masih lagi mampu menyambut Ramadhan tahun hadapan.
pejam celik gak sudah setahun my love pergi meninggalkan kami sekeluarga. aku sayang sgt2 kat die. tiap kali mengingati beliau, berlinang air mata ni. die pergi meninggalkan kami tepat pada 31hb Ogos tatkala rakyat malaysia berhibur menyambut kedatangan Hari Merdeka. bagi aku merdeka kali ini bukanla saat tuk aku menyambut. kerana aku tahu, di saat ini gak la kakak aku pergi meninggalkan kami sekeluarga.
pada 31hb Ogos lalu, keluarga ku ada pergi ke pusara beliau, namun mungkin mereka tahu aku ni agak sensitif, mereka x pon ajak aku tuk bersama. aku pon tak tahu mengapa, kalau aku ke pusara beliau, berlinang air mata ni. bercucuran meleleh. dah x dpat dibedung lagi dah air mata ni kalau ke sana. bukannya jauh, bahkan aku boleh je untuk pergi kesana sendirian. aku x sanggup nak melihat. kekadang tgh naik train pon terlintas dlm pikiran ini akan beliau, mula lah nak berlinang.
dan akhir2 ini pon, aku tak mengerti. kenapa? dan mengapa? kalau ahli keluarga ku mengalami kemalangan, mereka tak terdetikpon nak memberitahu aku. sebelum ayahanda ku menyambut hari kelahiran nya, beliau mengalami kemalangan. dah lama baru aku tahu. alhamdulillah xteruk mana walaupun dilanggar forklift. baru2 ini, angah aku dan keluarga die pulak mengalami kemalangan. alhamdulillah jugak, kesemua mereka selamat. kasihan kakak (anak buah aku) sampai terpelanting keluar dari kereta. adakah aku terlalu sensitif? sehinggakan mereka berat hati untuk menyatakannya. wallahua’lam.
di sini, aku kepilkan sekeping gambar kenangan diantara arwah kakak aku di saat kami berdua bercuti sekeluarga ke genting highland dimana ini la saat pertama kali kami berdua jejakkan kaki kami kesana. di sini, ku panjatkan doa, agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat org2 yg beriman. beliau seorang anak yg terlalu taat kepada ibu bapa, abg2, guru2 dan juga kwn2. kami terlalu terasa kehilangan beliau. lagi2 mak selalu ungkapkan "dulu ada anak pompuan boleh la aku harapkan jaga umah, skang ni die yg satu2 tu pon dah xde". sedih sgt2 dgr mak ckp mcm tu. mak terlalu syg akan arwah. sbb arwah lah sorg nye adik beradik pompuan dlm keluarga kami.dan arwah pon terlalu manja dgn mak. kalau bdk2 SKTRian mereka tahu sejauh mana keakraban kami berdua di sekolah dulu. Ya Allah Kau makbulkan la doa ku ini. AMIN…
Uncategorized | Comment (0)