Salam Sakaratulmaut
September 14th, 2008
Aku baru je habis menonton drama melayu berjudul “Salam Sakaratulmaut” lakonan mantap Khairiah dan Akasyah yang diarahkan oleh seorang pengarah yang berbakat besar Rashid Sibir. Berkisar tentang satu rumahtangga yang dibina dengan harapan agar si suami mampu untuk berubah dari seorang yang berperwatakan negatif ke satu yang positif. Tatkala hujung minggu tanpa melakukan sebarang aktiviti, aku menatap televisyen sambil berlinang air mata. Citer nye tidak lah terlalu merapu sepertimana drama melayu yang lain. Cuma pengorbanan seorang insan mulia bernama ISTERI (lakonan Khairiah) membuatkan aku terharu.
Al kisahnya begini: Rima (Khairiah) seorang isteri yang pemalu, sopan dan lemah lembut. Berkahwin dengan Adi (Akasyah) tanpa mendapat sebarang tentangan dari keluarga kedua2 belah pihak dimana kalau diikutkan tiada persamaan taraf atau darjat diantara mereka namun Rima diterima oleh emak Adi (Azizah Mahzan) dan begitu jua emak Rima (Joyah). Adi seorang arkitek yang agak sosial orangnya.kaki minum, kaki pompuan kaki clubbing. Manakala si isteri pulak seorang yang tidak lah terlalu sosial. Di didik oleh sang suami untuk menjadi seorang yang sosial, mengubah imej agar si suami tidak malu berhadapan dgn kwn2. si isteri tidak lah membantah Cuma tidak pula menyukainya. Namun pekan daya, suami berkuasa. Drama bergolak dimana si suami keluar daerah atas alas an kerja. Disini ditonjolkan sifat kebodohan sang suami dimana boleh mengarahkan sahabat karib beliau untuk menemani sang isteri yang keseorang lantaran si suami keluar. Sepertimana yang kita ketahui, apabila 2insan yang berlainan jantina dalam keadaan yang musykil, maka adalah pihak yang ketiga. Dimana pihak ketiga ini memainkan peranan dengan menghasud si sahabat karib yang amat dipercayai untuk menodai si isteri. Sementelah beberapa kemudian, berita gembira disebarkan mengatakan si isteri sudah berbadan 2. si isteri tahu kandungn tersebut bukan lah milik si suami. Hati mula memberontak. Jiwa mula kacau lantaran tahu kandungan tersebut hasil tindakan kejam si sahabat. Mulut tak terungkap untuk melafazkan kebenaran sehinggalah si anak lahir. Hidup pasangan suami isteri mula berbunga, si suami mula menyayangi si isteri, mula bersifat positif. Melihatkan perubahan ini, si isteri tidak sanggup lagi untuk meyimpan rahsia lalu diberitahu si suami atas apa yang berlaku. Atas dasar kebodohan si suami, dihalau si isteri dan si kecil keluar. Ini semua terjadi kerana si suami terlalu yakin dan percaya terhadap sahabat karib beliau sehinggakan apa yang diceritakan si isteri langsung tidak diendahkan. Diceritakan semua ini kepada si sahabat. Si sahabat masih lagi enggan untuk mengaku. Namun kuasa Ilahi. Si sahabat bermimpi dan dari situ timbul kesedaran untuk mengakuinya. Namun, semua nya sudah pon terlambat. Allah terlalu menyayangi si kecil dan diambil nyawa si kecil yang mampu membuatkan si ibu, boleh menjadi tidak siuman.
Apa yang membuatkan aku terharu adalah pengorbanan si isteri. Sanggup lakukan apa saja demi si suami. Demi kasih sayang. Namun semuanya sudah terlambat. Tatkala mahligai impian hamper terbina, dugaan makin menduga. Alangkah indahnya ada permaisuri di dalam kehidupan kita ini. Yang mampu memahami dan mampu bersabar atas kerenah si suami yang tidak diduga. Kepada kwn2 yang sudah berumah tangga, hargai lah kehidupan baru anda dan jangan sesekali menyakiti hati pasangan kita. Agar semuanya tidaklah terlambat.
Uncategorized |Leave a Reply