Ini lah suratan takdir

April 6th, 2009

Ingin menangis,dah x berair mata,ingin ku senyum, sudah tiada makna. Biarlah diri aku sebegini. Di sebabkan cinta,hidup aku sudah x bermakna. Walaupon aku masih punya org tua, namun cinta itu melebihi segalanya.kasih sayang ibu bapa memang tinggi nilainya. Namun perasaan cinta kepada seorang kekasih,amat jauh bezanya dr menyayangi kedua ibu bapa.seminggu aku berada di kampung halaman,dengan niat untuk mententeramkan jiwa, tapi kemurungan yang aku alami. Tidak seceria dulu.sepatah ditanya ibuku,sepatah jua yang aku jwb.selama seminggu aku menanti.akhirnya takdir melawan segala. Mungkin juga kerana cinta yang tidak direstui, walaupon aku berdoa pada Ilahi, Dia tidak akan memakbulkannya.

Setelah aku jujur pada cinta,kenapa benda yang sebegini selalu terjadi.di saat aku nakal, aku belajar dr cinta untuk mengenal erti kejujuran.dia telah mengajar aku semua ini. Untuk menjadi seorang yang bermaruah. Namun setelah kejujuran dan kesetian dicampur kasih cinta yang mendalam, kenapa masih lagi terjadi kisah yang sedih ini.aku inginkan kebahagiaan sepertimana yang lain.aku inginkan keceriaan pabila berada di sisinya. Iya memang ada pertelingkahan kecil terjadi antara kami.tapi semua ini mengajar aku untuk menjadi setia. Sedangkan lidah lagi tergigit.inikan pula manusia.

Mungkinkah waktu exam aku ini adalah badi aku?tiap kali aku punya exam, benda sebegini yang terjadi.dulu pernah terjadi.hampir waktu exam.bukan x exam lagi,haritu nak exam, terjadi. Kali ini, ia berulang kembali. KENAPA?aku masih xleh fokus pada pelajaran.tp aku akan usaha gak.aku ingin buktikan pada die yang aku boleh berjaya,kaya,berprestig dan punya maruah agar aku tidak lagi dipandang rendah. Dan aku akan usaha kuat,tuk kejar impian aku ini, agar aku dpt balas jasa dan budi baik die. Die dah terlalu byk berkorban dan byk gak duit die yang telah habis demi aku.aku janji,aku akan bayar balik.baik di balas baik.Cuma disebabkan amarah dan perasaan tertekan,aku melakukan perbuatan bodoh.dan 1 benda yang aku agak menjadi badi,adalah dengan beli henset baru.dulu,aku beli henset baru,selang baper minggu break.skang ni die beli henset baru,selang baper minggu ini yang jadi.tapi kenapa aku?kalau boleh aku nak kekal lama dgn die.smpi mati pon xpe.

Sedih aku kali ini,tidak la mcm sedih yang lalu.aku tersgt sedih kali ni.sbb aku dah betul syg kat die.sbb tu aku bertindak bodoh aritu.sbb aku xnak berpisah dgn dia.aku dah x punya sape lagi dah kat dunia ni yang klik dgn aku sepertimana die.aku dah tinggal sgala yang jahat demi dia.yang aku ada skang,kwn2 je la.yang boleh bagi nasihat tapi bukan lah cinta.aku x pndi bercerita,pe yang aku mampu lakukan,hanya la menulis sedikit nukilan disini.aku x penah citer kisah sedih aku dpn kwn2 aku.aku suka pendam perasaan. Lagipon aku x pndi berkata2.kwn2 lihat aku gelak,senyum,dan mereka suka dgr aku gelak.dan aku xnak kwn2 aku sedih gak dgn kesedihan aku.cukuplah dgn apa yang aku tulis.sbb aku nak share sgala dan aku perlukan nasihat agar aku kuat.aku terlalu lemah dlm bab cinta ini.dan aku kecewa.tutup sudah pintu hati ini untuk menerima cinta baru.yang aku harap sgt2 dan kau makbulkan la hajat aku ya ALLAH agar die kembali padaku.aku setia menanti.aku xkn terima yang lain.ini JANJI aku.apa yang aku nak wat skang,mengejar impian aku,demi balas budi baik dia dan untuk ibu bapa aku.I STILL LOVE U DEAR!!!




Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind